Ahad, 9 Ogos 2015

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakatMelayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendangKulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembukerbau malah getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.


Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.


Gambus atau qanbūs (Bahasa Arabالقنبوس‎ ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzikbertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuzTurki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakkan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti MalaysiaBrunei danIndonesia. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali




 Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit diIndonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Sonyang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974.[1] Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa[2], dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.
Di kalangan masyarakat Dayak Sarawak terutama orang Iban, gong yang besar dikenali sebagai "tawak". Gong yang lebih kecil dan nipis dikenali sebagai "bebendai" dan yang paling kecil ialah "engkerumong". Gong bukan sekadar alat muzik tradisional bagi masyarakat Dayak, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Gong banyak digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak terutamanya semasa Perayaan Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga semasa kecemasan. Tarian ngajat misalnya menggunakan gong sebagai alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong merupakan harta yang sangat berharga bagi masayarakat Iban di Sarawak.